Senin, 05 Juli 2010

Adderess Videoku Dkt Youtube

http://www.youtube.com/watch?v=a2XU2nD4HjE

2 komentar:

  1. Kini
    Hari berlalu perlahan tanpa mu di sisi
    Surat-surat elektronik telah kusalin ke dalam CD
    Kemas dan tersusun menjadi arkib di dalam laci
    Menjadi koleksi

    Baru semalam kudengar getar suaramu terakhir bagiku
    Bertanya khabar - gembira atau dukakah aku
    Mengharap sayu sinar mata dan kerdipan ungu
    Yang tak mungkin terjadi kerna aku insan dalam terharu
    Tetap tabah, pasrah dan redha pada yang tentu

    Bagaimana dapat kujawab semua persoalan itu
    Pasti kepuraan menjelma laju menutup pilu
    Ya, aku ok, mari kita lupakan cerita dulu
    Kerna airmata telah kering dalam sebak rasa
    Kerna perjalanan jauh pasti meredah gelora

    Dan kau, harapku yang satu, pelihara diri
    Kerna arahmu dan arahku kini suatu realiti
    Dan kau, pintaku, lupakan segala mimpi
    Kerna aku telah sedia menghadap hari-hari baru
    Tanpa mu

    BalasHapus
  2. Tiada Lagi Kini

    Selepas empat sesi yang tiada terluangkan
    Tiada lagi kelembutan hati dan keindahan kata
    Semuanya hilang dalam timbunan buku-buku
    Apalagi kesempitan ruang dan kesuntukan waktu
    Membuat aku berlari-lari di antara masa dan masa

    Tiada lagi kini
    Saat-saat pena dan jari menari di kertas biru
    Ketukan mesintaip mendendangkan lagu puisi
    Tiada lagi kini
    Mata merenung jauh melintasi jendela dan halaman
    Melintasi mimpi-mimpi indah hari semalam
    Tiada lagi kini, tiada lagi

    Suaraku kini suara-suara gersang dan kering
    Puisiku kini puisi-puisi keras dan kaku
    Tiada lagi kini, tiada lagi
    Yang tinggal hanya kenangan

    BalasHapus

Selamat datang Di Blog Saya